Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 25 April 2016

Rentetan diganggu jin tahanan ISA part 7

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para pembaca. Maaf sebab agak lama tidak mengemaskinikan blog saya yang tak seberapa ni. Ramai yang minta kisah sambungan peristiwa rentetan diganggu  jin part 6. Saya sambung kembali kisah gangguan saya sekeluarga daripada last cerita part 6.

1. Dalam kisah part 6, pada penghujung cerita memang benar lah tekaan emak saya yang mereka ini (keluarga mertua saya) memang memasang perangkap untuk saya. Kisahnya saya telah dikepung oleh ramai ahli keluarga mertua saya.
2. Mereka beranggapan saya telah memukul isteri saya sehingga matanya lebam dan kisah kereta accident tu Cuma rekaan semata mata. Saya masih ingat dengan segala tuduhan yang dilemparkan kepada saya, sampai abang ipar saya mengeletar badannya nak pukul saya. Saya pada masa ni tak kisah pun apa yg mereka nak buat pada saya. Saya tahu saya dipihak yang benar dan Allah ada bersama saya. Saya hanya menjawab, jika nak pukul silakanlah bahu saya patah, saya memang tak boleh nak lawan balik.