Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 24 Julai 2014

selamat hari Raya semoga selamat balik dan kembali dari kampung halaman

Assalaamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca.

Agak lama saya tak update kan blog saya, lebih banyak kepada menjawab komen komen para pembaca. Alhamdulilah, ramai yg menghantar email kepada saya dan setakat ini tiada sebarang masalah dengan pembalasan jawapan kepada anda semua. Jika ada email tuan dan puan yg tidak saya balas, sila lah email semula ya.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf kepada semua pembaca sekiranya ada terkasar bahasa, dan menyingung perasaaan tuan puan semua dalam saya menulis dan menjawab blog saya ini.

Ramadhan sudah hampir kepada penghujungnya dan syawal akan bakal menjelang tiba. Kepada semua pembaca yg beragama islam saya ucapakan selamat hari raya, selamat dunia dan akhirat. Kepada pembaca yg bukan beragama islam, saya menyeru kepada semua utk memberi peluang kepada diri anda untuk mengenali islam dan kembali kepada fitrah anda.

Kandungan blog saya lebih kepada kupasan gangguan dan penjelasan. Lebih kepada hakikat ilmu itu sendiri iaitu ilmu yg haq dan islam itu agama yg haq.

Kepada pembaca yg bermasalah yg masih ragu ragu untuk mendapatkan bantuan, saya nasihatkan..jangan risau berkenaa. Tersalah belajar atau tersalah berubat. Pegang sahaja hanya Allah sahaja yg mampu memberikan taufik dan hidayah dan hanya Dia sahaja yg boleh menyesatkan kan. Semuanya dalam.kekuasaan Allah azzawajalla.

Selamat hari raya, dan silalah email atau telefon terus ustaz ismail.jika ada sebarang masalah.

Wallahuaklam