Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 30 Disember 2013

Ilmu Seri Muka atau Seri Wajah Kupasan


Salam kepada semua pembaca,
Kali ini saya akan mengupas dengan lebih lanjut berkenaan ilmu seri muka. Ramai orang perempuan dan lelaku yang mencari dan menggunakan ilmu ini secara  sengaja atau tidak sengaja. Untuk pengetahuan pembaca semua, ilmu seri muka adalah ilmu bathil atau ilmu sihir walaupun menggunakan doa ataupun ayat surah yusuf.

Apakah kesan ilmu ini kepada pengamalnya.


  1. Pengamalnya akan kelihatan menarik dan mempunyai persona. Maybe tak berapa nak hensem atau cantik tetapi dengan ilmu ini, orang berkenaan akan mempunyai semacam aura atau persona atau something yang menarik yang tak dapat digambarkan melalui perkataan biasa.
  2. Pengamal ilmu ini kebiasaanya akan mudah terkena ilmu pengasih orang lain.
  3. Sukar nak buat ibadah, jika buat sukar nak khusyuk.
  4.  Disebabkan ilmu ini sihir, amat besar mungkinan amalan dan ibadah tertolak begitu sahaja disebabkan syirik.
  5. Ilmu ini akan menyebabkan orang disekeliling akan tertarik untuk berbuat jahat dan mengambil kesempatan terutamanya wanita.

6.        
Apakah Punca mendapat ilmu ini.
  1. Mengambil khidmat mak andam yang mempunyai ilmu seri muka terutama untuk tujuan bersanding.
  2. Menggunakan minyak seri muka yang banyak dijual dipasaran kebanyakkkan menggunakan limau kasturi dan bacaan surah yusuf. Diletakkan dikawasan muka dan kening.
  3. Mengamalkan ilmu cermin muka. Bacaan mantera ataupun bacaan dari surah al-yusuf sambil berniat menyerikan muka.
  4. Menanam susuk ayat atau susuk logam untuk tujuan seri muka.
  5. Mandian ayat alquran atau mantera yang dibuat untuk menaikkan seri wajah dan untuk kelihatan cantik mostly untuk perempuan yang baru mahu berkahwin.
  6. Diwarisi daripada generasi yang diatas didalam bentuk saka.
  7. Amalan mandi bunga, daun , susu yang byk dibuat oleh bakal bakal pengantin dan terapi aura warna bunga oleh spa spa kecantikan.
  8. Amalan bacaan ayat dr surah yusuf dan taha yang dipelajari drpd blog , tv dan ceramah untuk khasiat menaikan seri muka dan seri wajah.


Rata-rata ramai orang yang mempunyai ilmu seri muka tanpa mereka sedar yang mereka ada ilmu ini. Kesan kepada mereka amat banyak. Gelisah dan sering kusut didalam hati. Ilmu ini juga mendatang banyak masalah terutama bab maksiat disebabkan sesiapa yang mempunyai ilmu ini akan cenderung untuk melakukan maksiat dan menarik yang disekeliling mereka melakukan maksiat or benda tak elok pada diri mereka. 

Terlalu banyak ilmu seri muka ini disebarkan dan amat senang nak belajar. Tanyalah pakcik google, ada yang berbayar dan ada yang free. Ilmu sihir ini diajar berleluasa dan amat senang nak dapat. Saya rasa, blog ini adalah satu satunya blog yang menentang amalan dan ajaran ilmu seri muka ni didalam alam cyber ni.


Wallahu aklam.