Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 28 November 2013

Ustaz mail telah kembali ke semenanjung malaysia pada 30hb November 2013

Salam,

Sedikit update mengenai ustaz mail. Dia telah pulang ke semenanjung pada 30hb November 2013. InsyaAllah. Kepada para pembaca yang sabar menunggu kepulangan ustaz mail boleh mula untuk membuat temujanji anda. Siapa yang cepat dia akan dapat dahulu slot. Harap maklum.

Selasa, 12 November 2013

ilmu sihir atau bathil dan sejarahnya berdasarkan Al-Quran

Kali nie saya nak bercerita tentang ilmu sihir dan ilmu bathil. Ilmu sihir itu sebenarnya sama dengan ilmu bathil tetapi term aje berbeza. satu melayu satu arab/ islam. Ilmu bathil dan sihir yang pertama diceritakan dalam al-quran diturunkan di Babil ataupun Babylon. Allah mengutuskan dua malaikat bernama Harut dan Marut dan mengajarkan ilmu bathil aka sihir ini kepada penduduk babylon. Malaikat ini menyampaikan kan ilmu  bathil ini tetapi pada masa yang sama memberi amaran yang ilmu ini dimurkai Allah dan diturunkan sebagai ujian kepada manusia. Didalam al-quran menyatakan bahawa sihir yang pertama berjalan diatas muka bumi ini meruntuhkan sebuah masjid. Meruntuhkan masjid nie maksudnya rumah tangga runtuh or mudah cakap bercerai antara suami dan isteri.

Jumaat, 8 November 2013

DVD penerangan konsep ilmu haq dan ilmu bathil dalam bentuk livestreaming (youtube) dan file sharing mediafire

Salam,

Disebabkan sambutan yang agak hangat untuk DVD ini dan saya agak tak sempat nak menguruskan penghantaran DVD maka saya sertakan clip full penerangan ilmu haq dan bathil yang dipostkan oleh abg seguru saya. Credits kpd tuan ilmuhaq. Selain itu alhamdulillah saya sempat meng share kan file dvd penerangan ilmu haq dan bathil didalam fail hosting mediafire.