Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 13 Jun 2011

Rentetan Gangguan makhluk halus 4,

Assalamualaikum..

Saya dah bercerita tentang gangguan gila isim dan mental sebelum ini. Sebagai sinopsis semasa gangguan nie saya dan isteri kedua-duanya amat terganggu mental sehingga hampir kami berdua gila isim. Semasa gangguan pemikiran ini isteri saya telah dirasuk dan melarikan diri pada waktu subuh pagi. Semasa tu anak saya baru berusia dua tahun dan semasa dirasuk isteri saya melihat rupa saya dah bertukar seperti dirasuk dan macam syaitan dan saya juga nampak sebaliknya kepada isteri saya.

                                           Gambar dari depan (A)



isteri saya tiba-tiba melarikan diri dan membawa kereta laju meninggalkan rumah. Saya masa tu hanya berdoa kepada Allah supaya isteri saya dalam keadaan selamat. Disebabkan anak saya masih tidur saya terpaksa membuat susu bekalan anak saya dan tak lama selepas itu pihak polis menalifon saya dan memberitahu bahawa isteri saya terlibat dalam kemalangan.

Sesampainya saya ke tempat kejadian (lebih kurang 4 kilo dari rumah saya), pihak polis bertanyakan siapa yang membawa kereta bersama isteri saya. Saya menjawab isteri saya drive sendiri. Pihak polis yang berkenaan menyatakan mereka menjumpai isteri saya tengah tidur dibelakang seat penumpang. Jika dilihat keadaan kereta tu, yang berlaku ialah kereta tu terjatuh dari gaung lampu sebelah driver seat habis dipenuhi lumpur seperti gambar yang ditunjukkan. (A)



Pihak polis menyatakan nie satu kemalangan misteri akibat tiada pemandu yang dijumpai ketika kemalangan dan isteri tengah nyenyak tidur diseat belakang. Saksi kemalangan yang berada dibelakang kereta isteri saya juga menyatakan dia nampak seperti ada seorang lelaki memandu kereta isteri saya. selepas kemalangan hanya isteri saya sahaja dijumpai tidur diseat belakang.

Yang berlaku selepas itu isteri saya dimasukkan ke hospital dan didalam wad ICU. Saya semasa tu membawa anak saya melihat isteri saya masa itu dan saya telah menalifon ustaz mail bagi meminta pandangan. Dia pun datang ke hospital dan membuat clearing untuk isteri saya. Something dah menyelinap masuk kedalam diri isteri saya semasa kemalangan tu.

Punca gangguan isteri saya sebenarnya datang dari saya. Saya terambil ilmu bathil dari seorang guru di negeri kelahiran saya. Saya berusaha mencari alamat dan no telefon guru ilmu bathil saya nie tetapi gagal. Saya masih ingat menalifon kawan saya memberitahu bahawa isteri saya dalam wad icu kerana kemalangan. Saya cakap kalau silap gaya saya pulak akan accident selepas nie dan ini perkara hidup dan mati.

Benar tekaan saya, next day pagi hari khamis, saya terlibat dalam accident dalam perjalann pergi kerja. Saya ternampak pelbagai benda ketika menunggang motor on the way to kerja. Saya pulak masuk icu. Isteri saya masuk pagi rabu, saya masuk icu pagi khamis. Saya mengalami patah tulang bahu (patah 3 bahagian ditulang bahu). Alhamdullilah nasib baik patah bahu aje, tak meninggal terus.

ustaz mail terpaksa datang kehospital kali kedua, kali nie membuat clearing untuk saya pula. Begitulah sedikit sebanyak cerita diganggu makhluk halus bab accident. Saya akan sambung lagi nie masa akan datang, InsyaAllah.

Wallahuaklam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan