Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 9 November 2022


 Ajarkan pada anak-anak mu. Nampak HANTU kejar dan TUMBUK. Bukan lari dan TAKUT HANTU. Barulah Muslim sejati.




*Hadith 1 – Rasulullah Ingin Mengikat Jin Ifrit*



إِنَّ عِفْرِيتًا مِنْ الْجِنِّ تَفَلَّتَ عَلَيَّ الْبَارِحَةَ أَوْ كَلِمَةً نَحْوَهَا لِيَقْطَعَ عَلَيَّ الصَّلَاةَ فَأَمْكَنَنِي اللَّهُ مِنْهُ وَأَرَدْتُ أَنْ أَرْبِطَهُ إِلَى سَارِيَةٍ مِنْ سَوَارِي الْمَسْجِدِ حَتَّى تُصْبِحُوا وَتَنْظُرُوا إِلَيْهِ كُلُّكُمْ فَذَكَرْتُ قَوْلَ أَخِي سُلَيْمَانَ رَبِّ { هَبْ لِي مُلْكًا لَا يَنْبَغِي لِأَحَدٍ مِنْ بَعْدِي }

قَالَ رَوْحٌ فَرَدَّهُ خَاسِئًا

Isnin, 7 November 2022

Kemurungan (Depression) , serangan panic (panic attack) dan kegusaran melampau dan bipolar (anxiety) kupasan.


 Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca dan pelawat,


Saya terpanggil untuk membuat sedikit kupasan berkenaan penyakit penyakit jiwa seperti kemurungan (Depression), panic attack dan anxiety attack. Banyak saya lihat didalam facebook orang menyiarkan kisah mereka yang diserang penyakit atau mengalami masalah masalah perasaan ini sehingga ada sebahagian mereka membunuh diri atau tidak dapat menjalani hidup yang selesa dan normal. Sefaham saya masalah depression, bipolar dan anxiety or panic attack ini sebenarnya masalah yang hampir sama berkenaan masalah jiwa dan perasaan.

Rabu, 13 April 2022

Selamat berpuasa dibulan penuh rahmat: persoalan syaitan diikat dibulan Ramadhan tetapai gangguan jin tetap ada.


 Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca.

Mohon maaf sebab lama tak update laman blog saya ni. Sibuk dgn urusan duniawi dan ukhrawi. Apa pun saya ingin share persoalan benarkah syaitan jin diikat sepanjang bulan Ramadhan akan tetapi kenapa masih ada gangguan dibulan mulia ini.

Perkara yang sering bermain difikiran segelintir manusia ketika bulan Ramadan. Sedikit ulangkaji buat mereka mereka yang memikirkannya.


Adakah syaitan dirantai atau dibelenggu ketika bulan Ramadan?


Sabda Rasulullah SAW, “Ketika masuk bulan Ramadan maka syaitan-syaitan dibelenggu, pintu-pintu syurga dibuka, dan pintu-pintu neraka ditutup” (HR Bukhari dan Muslim


Jika syaitan-syaitan dibelenggu atau dirantai, mengapa masih berleluasa kemaksiatan atau pun masih kelihatan kelibat makhluk durjana ini oleh sesetengah orang ketika bulan Ramadan?


Jawapan:

Hadith tersebut 100% betul. Yakinlah dengan sepenuh hati. Mungkin kefahaman untuk memahami hadith tersebut belum dikurniakan kepada kita lagi.


Syaitan atau jin yang dibelenggu atau dirantai pada bulan Ramadan ialah syaitan atau jin yang TIDAK BERTUAN sahaja.


Walaubagaimanapun, syaitan atau jin yang BERTUAN tidak akan dibelenggu atau dirantai pada bulan Ramadan. Ianya masih tetap kekal dalam tubuh badan pemiliknya.


Oleh sebab itu, di bulan Ramadan masih terdapat :

1) Orang yang terkena histeria

2) Orang yang berbuat maksiat

3) Sihir masih berjaya dilakukan

4) Orang bercakap dengan sakanya

5) Orang yang ada ilmu kebal masih kebal

6) Orang yang ternampak entiti ghaib

7) Orang baran melampaui batas

8) Gangguan sihir masih belum berhenti

9) Masih berinteraksi dengan "khadam" nya


Dan sebagainya.....


Oleh kerana itulah tidak ada apa yang perlu dihairankan sekiranya tingkahlaku sesetengah orang masih sama sepanjang bulan Ramadan.


Namun demikian, masih ada juga pendapat ilmuan ilmuan lain yang berlawanan dengan kenyataan diatas. 


Sebarang pendapat adalah diraikan. Ilmu dan kefahaman manusia berbeza beza. Orang memberikan pendapat mengikut tingkat ilmu yang dimiliki. Tidak perlu berbalah dalam menegakkan hujah masing masing. Berlapang dadalah.


Masih boleh ditolak hujah hujah diatas. Dipersilakan..


Jin, Iblis, Syaitan dan keturunannya mesti dikalahkan.


#dicopy dr anak murid saya en Harith.


Selamat berpuasa dan saya doakan semua dalam rahmat Allah semata mata




Ahad, 6 Jun 2021

Rawatan alternatif untuk covid19 dengan air zam zam


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog,


Disebabkan sekarang kita satu Malaysia dan dunia sedang menghadapi wabak covid19 maka saya kemaskini dan up sekali lagi posting saya berkenaan rawatan covid19 dengan air zam zam.


MINUM AIR ZAM-ZAM DENGAN DOA INI
Segala puji-puji bagi Allah yang Esa pada Zat yg Ghaib, Esa pada sifat Takabur, Esa pada Perbuatan, Esa pada Nama, Esa pada Wajah. Selawat dan salam kepada Rasulullah s.a.w. ahli bait baginda, sahabat sahabat baginda, kaum mukminin mukminat, muslimin muslimat. 


Wahai Allah Engkau bersihkanlah, Engkau keluarkanlah, Engkau musnahkanlah, Engkau binasakanlah, Engkau hancurkanlah segala jisim kejahatan iblis, syaitan, jin, bunian, syaitan manusia, polong, pleset, hantu raya, saka, badi manusia*, badi binatang*, roh roh yang jahat, sihir sri muka, sihir penunduk, sihir pengasih, lelaki dan perempuan yang jahat yang mengkhianati diriku, ilmu bathil yang mengkhianati zahirku, batinku, batin dalam batinku.

wahai Allah, engkau keluarkan, engkau hancurkan lah dan engkau binasakanlah segala kejahatan sakit kanser, sakit lieukimia, sakit jantung, sakit tumor, sakit covid19, ..(masukan kan sakit anda) yang ada pada diri ku. Engkaulah yg maha penyembuh maka sembuhkan dan permudahkan pemyembuhan penyakit (Covid19 dan  ampunilah dosa ku yang aku lakukan dengan sengaja dan tidak sengaja dengan izin Allah dari keberkatan air zam-zam dan keberkatan pengorbanan Ibrahim a.s. Ismail a.s. Hajar a.s dan berkat kalimah Haq................


LAILLAHAILLALLAH MUHAMMADURRASULULLAH

Hadis-hadis rujukan berkenaan Air Zam-Zam.

Air Zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki." (Diriwayatkan dari Jabir, lbnu Abbas, lbnu Umar dan Muawiyah)


Air zam-zam adalah ubat dari rasa sakit (ubat penyakit).”
(HR Abu Daud Ath Thoyalisiy dalam musnadnya no. 459. Dikeluarkan pula oleh Al Haitsamiy dalam Majma’ Az Zawa-id, 3/286 dan Al Hindiy dalamKanzul ‘Ummal, 12/34769, 3480.)

خَيْرُ مَاءٍ عَلَى وَجْهِ الأَرْضِ مَاءُ زَمْزَمَ فِيهِ طَعَامٌ مِنَ الطُّعْمِ وَشِفَاءٌ مِنَ السُّقْمِ

“Sebaik-baik air di muka bumi adalah air zam-zam. Air tersebut boleh menjadi makanan yang mengenyangkan dan boleh sebagai ubat penyakit.”
(Lihat As Silsilah Ash Shahihah no. 1056

Doa air zam-zam ini adalah teknik basic dalam teknik bunuh jin, syaitan dan sekutunya. Cara penggunaan doa air zam-zam adalah seperti berikut:-

  1. Campurkan beberapa titis air zam-zam tulin (yang tidak dibacakan doa dan rukyah) kedalam segelas air biasa.
  2. Duduk sambil mengadap kiblat.
  3. bacakan doa air zam-zam seperti diatas sambil mengadap gelas tersebut.
  4. Teguk pertama berhenti, teguk ke dua berhenti, habiskan air pada teguk ke 3.
  5. Boleh dibuat seberapa kerap yang anda mahu, 5 atau 2 kali sehari, terpulanglah kepada anda.
  6. pembaca baca, pembaca minum. jangan bacakan untuk orang lain walaupun isteri anda sendiri atau suami anda sendiril. Si sakit minta dan bergantung terus kepada Allah tanpa ada perantara.
  7. teruskan usaha dengan perubatan moden dan hospital yang ada dan yakinkan bahawa rawatan adalah asbab semaya mata, Allah juga yg menyembuhkan dengan asbab yang betul.
  8. saya sertakan satu kisah berkenaan Nabi Musa a.s dan sakit gigi dan diharapkan semua dapat pengajaran. 
kisahnya begini .pada suatu hari Nabi Musa a.s. seteleah beberapa ketika terasa sakit gigi yang sangat dahsyat. baginda cuba bertahan dgn sakit giginya itu dan akhirnya selepaa tidak tahan maka banginda pun berdoa kepada Allah meminta Allah menyembuhkan sakit gigi nya. disebabkan oleh kelebihan Nabi Musa a.s. boleh bercakap terus dengan Alllah maka Allah menyuruh Nabi Musa a.s pergi kesuatu tempat dan memamah satu jenis daun daripada pokok  ditempat itu. tanpa membuang masa, Nabi Musa a.s terus ketempat yg disebutkan Allah dan memamah daun yg dimaksudkan oleh Allah. Dgn izin Allah, sakit gigi Nabi Musa hilang sekelip mata dan Nabi Musa a.s. pun balik lah kerumah nya kembali. selang beberapa hari tiba tiba sakit gigi Nabi Musa a.s datang balik .kali ini Nabi Musa a.s terus bergegas ke tempat yg sama untuk memamah daun yg tempoh harinya dimamahnya. malang sekali kali ini selepas memamah daun ubat tersebut sakit giginya jadi makin sakit. Nabi Musa kemudiannya terus bertanya kepada daun itu buatkan giginya makin sakit. Lalu Allah s.w.t pun menjawab, kali pertama engkau sakit , engkau memohon kepadaKu penyembuhan. kali ini engkau terus mencari ubat tanpa memohon daripada ku penyembuhan. maka tersedarlah Nabi musa a.s drpd kesilapan nya dan dia pun bertaubat atas kesalahannya.

so daripada kisah ini apa pun kaedah dan asbab untuk penyembuhan untuk segala jenis sakit adalah perlu walaupun untuk para Nabi sendiri dan Allah sahaja yg maha penyembuh. Dia yg memberikan kota sakit dan Dia juga maha menyembuhkan sakit kita 

saya berikan dan sampaikan yg haq semata-mata kepada semua pembaca tiada yg bathil dulu kini dan selamanya.

Tambahan:-
1. Boleh amalkan makan cengkih sehingga 5 ke 6 kuntum untuk rawatan alternatif sakit covid dimana ramai yang mengatakan ianya berkesan.
2. Jika ada kaum keluarga yang terkena sakit, sebaiknya bersedekah lah dimasjid masjid dan doakan diampunkan dosa kita dan doakan penyembuhan sakit tersebut.


wallahua'lam

Selasa, 5 Januari 2021

Hadis dan kisah belasah dan bunuh syaitan


Assalamualaikum dan salam sejahtera Semua,


lama saya tak update blog ini. berikut adalah himpunan kisah dan hadis berkenaan belasah dan pukul.serta bunuh jin. semoga bermanfaat. 

Amatlah menyedihkan pemahaman sebilangan besar daripada orang orang islam yang menganggap jin hanya boleh dikalahkan melalui bacaan ayat-ayat Al-Quran atau rukyah. kefahaman berkenaan teknik belasah dan bunuh syaitan adalah berdasarkan hadis hadis dibawah ini.


------------

*Hadith 1 – Rasulullah Ingin Mengikat Jin Ifrit*

إِنَّ عِفْرِيتًا مِنْ الْجِنِّ تَفَلَّتَ عَلَيَّ الْبَارِحَةَ أَوْ كَلِمَةً نَحْوَهَا لِيَقْطَعَ عَلَيَّ الصَّلَاةَ فَأَمْكَنَنِي اللَّهُ مِنْهُ وَأَرَدْتُ أَنْ أَرْبِطَهُ إِلَى سَارِيَةٍ مِنْ سَوَارِي الْمَسْجِدِ حَتَّى تُصْبِحُوا وَتَنْظُرُوا إِلَيْهِ كُلُّكُمْ فَذَكَرْتُ قَوْلَ أَخِي سُلَيْمَانَ رَبِّ { هَبْ لِي مُلْكًا لَا يَنْبَغِي لِأَحَدٍ مِنْ بَعْدِي }
قَالَ رَوْحٌ فَرَدَّهُ خَاسِئًا

Jumaat, 14 Februari 2020

Bolehkah orang bukan islam (non-muslim) mendapatkan bantuan dan rawatan daripada kami?


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca ,

Harap maaf agak lama saya tidak mengemaskini blog saya. Dah agak bersawang jadinya. Apapun kali ini saya ingin mengupaskan persoalan bolehkan orang bukan islam belajar atau mendapatkan bantuan gangguan makluk halus daripada pihak kami.
Jawapannya ialah boleh. Ada beberapa pesakit bukan islam telah datang untuk mendapatkan bantuan daripada ustaz Ismail. Pada dasarnya gangguan pada orang islam dan bukan islam pada majority kes ialah berpunca daripada saka keturunan mereka. Semua orang ada saka sebenarnya tak kira islam atau bukan islam.
Sebahagian teknik asas belasah dan bunuh jin, orang bukan islam pun boleh gunakan akan tetapi hanya teknik teknik asas sahaja. Ini disebabkan teknik yang seterusnya memerlukan kebersihan dan diri yang betul kepada Allah.
Jika ada sebarang soalan boleh buat dirungan komen. Soalan berkenaan topik diatas atau pun soalan soalan lain.

Semoga semua pembaca mendapat keberkatan dan petunjuk yg haq daripada Allah sentiasa. Amin.